header image
 

SAYONARA UMS

Kumpulan pertama PKPGB-UMS telah menamatkan Kuliah terakhir pada November, 2008. Sejarah telah tercatat seramai 44 orang Guru Besar akan ditauliahkan Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian dalam konvokesyen pada Oktober 2009.

Category:  Uncategorized     

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2008

PKPGB-UMS KOHORT 1 – V telah menganjurkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 25 Oktober 2008. Majlis tersebut diadakan di Brevely Hotel, Kota Kinabalu. Pengisian Majlis adalah bacaan doa, ucapan alu-aluan Encik Awangku Omar Pg. Duraman pengerusi penganjur, ucapan Professor Dr. Zulkifli Mohammed, Dekan Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial, UMS, jamuan makan, penyampaian anugerah Dekan. Majlis diserikan lagi dengan nyanyian karaoke oleh penyanyi berbakat dikalangan pelajar PKPGB Kohort 1 hingga 5 dan tidak ketinggalan pensyarah  SPPS UMS.

Category:  Uncategorized     

KULIAH BERSAMA TIMBALAN PENGARAH PELAJARAN SABAH

Dr. Haji Muhiddin Yusin, Timbalan Pengarah Pelajaran Sabah telah meluangkan masa memberi kuliah bertajuk Guru Besar sebagai pemimpin dan cabaran masa depan. Kuliah bermula jam 8.30 pagi dan berakhir hampir jam 2.00 petang. Banyak isu yang dikemukakan sepanjang kuliah. Guru Besar, peserta PKPGB Kohort 1 telah diberi peluang mengemukakan masalah sekolah masing-masing. Kuliah yang disampaikan mengisi jadual subjek UF6203 Isu-Isu Pendidikan.

 

Category:  Aktiviti     

UF 6203 ISU-ISU PENDIDIKAN

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Sekolah Pendidikan & Pembangunan Sosial

 

RANGKA KURSUS

Semester I

Sidang Akademik 2008/2009

 

Tajuk Kursus                  :  ISU-ISU PENDIDIKAN

Kod Kursus                    :  UF6203

Bil. Jam Kredit                :   3

Penyelaras                     :  MOHD. KHAIRUDDIN BIN ABDULLAH

                                       khair@ums.edu.my

Kuliah                            :  8.00 – 12.00 Pagi

Tempat                         :  Bilik Tutorial 5 SSMP

Bil. Pelajar                     :  44 Orang

 

SINOPSIS

Pendidikan di Malaysia telah berkembang dengan pesat sejak sebelum merdeka, pra merdeka sehingga memasuki abad ke21 ini. Hasrat untuk menjadi hab pendidikan antarabangsa, mengangkat martabat pendidikan bertaraf dunia merupakan antara isu terkini yang harus dilaksanakan dengan penuh bijaksana. Justeru untuk mencapai hasrat tersebut pelbagai cabaran dan isu  turut berbangkit sama ada dalam aspek pengurusan mahupun pelaksanaannya. Situasi ini menjadikan bidang pendidikan penuh dengan cabaran yang kompleks dan rumit. Kursus ini akan membincangkan beberapa isu terkini yang relevan dan merentasi pelbagai aspek dalam pendidikan mencakupi pengurusan, penyeliaan, pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan pentadbir sekolah, guru-guru, ibu bapa, masyarakat, penggubal polisi, kerajaan dan juga murid-murid sekolah.

 

OBJEKTIF

Pada akhir kursus ini, pelajar akan dapat;

  1. Menganalisis secara kritikal terhadap beberapa isu-isu yang bersabit tentang pendidikan.
  2. Menganalisis secara kritikal fungsi dan impak isu terhadap pelaksanaan pendidikan di Malaysia.
  3. Membuat refleksi dan penilaian dengan bernas terhadap sebarang perubahan atau isu yang diketengahkan.
  4. Mengaplikasikan pengetahuan dalam kajian, penilaian dan amalan pengurusan sekolah.

 

Rangka Kuliah

Category:  Uncategorized     

Mengapa Perlu Kualiti?

Nota Ringkas: Jamri Suhamin

Teks Asal: Prof. Madya Dr Haji Mohd. Yusof Abdul

Mengapa perlu KUALITI?

 

Pengenalan

 

Pengurusan kualiti menunjukkan sejauhmanakah tahap profesional, bermoral, punya daya saing, akauntabiliti terus wujud.

 

Dari segi moral: Institusi Pendidikan menyediakan pendidikan terbaik kepada pelajar untuk menyumbang pembangunan negara.

 

Dari segi akutabiliti: Keperluan membuat laporan, penyediaan data terkini amat memerlukan pengurusan kualiti.

 

Perubahan ke arah pengurusan kualiti di sekolah

 

Institusi Pendidikan seperti sekolah perlu peka dan memberi respons terhadap polisi baru yang dilaksanakan. Impaknya perubahan-perubahan model pengurusan sekolah mewujudkan satu model pengurusan yang berkualiti. Cabaran besar apakah model terbaik untuk melaksanakan sebarang perubahan seiringan dengan perubahan polisi negara.

 

Drucker (1995), Institusi pendidikan perlu respons kepada sebarang refomasi sosial dengan mengambil langkah-langkah mendefinisikan semula kualiti,  menghasilkan produk pendidikan berkualiti dan memikirkan prosedur kerja yang berkualiti.

 

Model pengurusan sekolah yang memerlukan reformasi selari dengan perubahan sosial semasa, kepesatan ICT, ekonomi bersifat glonal dan keupayaan pesaran bersifat global village.

 

Sistem pengurusan sekarang menumpukan perhatian terhadap faktor berikut:

 

-          Kemajuan ICT

-          Melahirkan generasi yang bersifat world class.

-          Bersifat integriti daripada peringkat prasekolah hingga ke peringkat pengajian tinggi.

-          Penglibatan semakin meluas daripada sektor swasta.

-          Pendidikan yang sifatnya adil tetapi tanpa mengira mana-mana kepentingan.

-          Kepentingan value added dan keperluan semasa dan futuristik.

 

Prosedur kerja disemak dan reformasi perlu dalam pengurusan kualiti dalam aspek kurikulum, pengurusan sekolah, penilaian, hak-hak pengguna dan tekanan sosial.

 

Contoh aspek kurikulum penting kerana:

-          semua kurikulum terkini dapat disampaikan dalam masa yang ditetapkan.

-          Membangunkan sumber-sumber dan memberi respons dengan keadaan dan keperluan semasa.

-          Menggunakan kepakaran staf dengan sepenuhnya.

-          Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran terkini.

-          Menggunakan hasil penilaian dalam pembentukan generasi.

-          Membentuk kurikulum berdasarkan kepada keperluan negara.

 

Contoh dari aspek pengurusan:

-          merancangkan perancangan strategik yang sesuai dengan keperluan masa depan.

-          Menetapkan prosedur pentadbiran yang sesuai.

-          Keperluan membuat audit, membuat laporan dan peemriksaan.

-          Akauntabiliti terhadap kepentingan negara dan masyarakat.

-          Meingkatkan tahap kecekapan dan mementingkan pengurusan kualiti.

-          Menyesuaikan peranan staf dan bersifat fleksibel..

-          

Category:  Uncategorized     

ISO 9000

Apakah ISO 9000?

 

-     satu standard bertulis yang menetapkan dan menerangkan elemen-elemen asas dalam sistem kualiti bagi memastikan produk atau perkhidmatan memenuhi kehendak pelanggan.

 

-         pelaksanaan standard memastikan produk atau perkhidmatan yang dihasilkan menepati spesifikasi setiap masa.

 

-         Standard ISO9000 adalah satndard untuk kepastian kualiti.

 

-         prinsip asas ISO 9000 pencegahan dan bukan pembetulan setelah berlakunya kessilapan.

 

Prinsip Asas ISO 9000

 

-         sebagai satu standard untuk sistem kualiti dan bukannya standard bagi produk atau perkhidmatan.

-         Berasas kepada dokumentasi – dokumen apa yang dibuat bukan didokumenkan dan buktikan.

-         Menetapkan pencegahan (prevention) dan bukannya pembetulan (remedial)

-         Satu standard menyeluruh (universal) – mengutarakan keperluan asas secara umum – fokus apa yang perlu diadakan bukan bagaimana melakukannya.

 

ISO 9000 mempunyai beberapa ciri:

 

1. ISO 9000 merupakan satu standard bagi kualiti dalam rekabentuk, pengeluaran produk atau perkhidmatan, instalasi atau khidmat susulan.

 

2. !SO 9002 adalah satu standard bagi kualiti dalam pengeluaran produk atau perkhidmatan dan instalasi berlaku di kilang atau perkhidmatan.

 

3. ISO 9003 ialah satu standard bagi kualiti dalam pemeriksaan akhir dan pengujian di makmal.

 

4. ISO 9004 merupakan garis panduan melaksanakan pengurusan kualiti dan elemen-elemen kualiti dan elemen-elemen sistem kualiti bukannya proses penyelidikan.

Category:  Uncategorized     

nota ringkas tqm

Nota Ringkas   : Jamri Suhamin

Teks Asal         : Prof Madya Dr. Haji Mohd. Yusof Abdullah

 

Total Quality Management (TQM) atau Pengurusan Kualiti Menyeluruh.

 

Pengenalan

 

Mula 1920an – kilang-kilang di Amerika.Tujuan mengawal kualiti.

 

1950an Jepun – pengurus syarikat jepun membangun sektor industri. Seterusnya berkembang ke seluruh dunia 1980an.

 

TQM mewujudkan sistem pengurusan baru, mempengaruhi sikap pengurus swasta dan kerajaan dalam aspek mengurus kualiti menyebabkan pengurusan bertukar corak dari ttadisional ke  pengurusan menyeluruh.

 

TQM lebih menyeluruh kerana cara pengurusan baru lebih efektif dan berjaya meningkatkan kualiti dan produktivti organisasi.

 

Konsep TQM

-          beroreintasikan pelanggan

-          berterusan

-          Melibatkan semua aspek dalam organisasi.

-          Membawa perubahan menyeluruh ke arah emlahirkan organisasi cemerlang

-          Kualiti melalui kecekapan pentadbiiran, kebolehan pekerja, kelicinan operasi.

 

Ciri-ciri TQM – 4

1. Matlamat

            - kepuasan pelanggan

            - output tanpa cacat (zero defect)

            - Outpun sentiasa tepat.

 

2. Fokus

            - sistem dan operasi,

- budaya organisasi,

- pelanggan dan juga pembekal.

 

3. Strategi

            - Penambahbaikan berterusan – teamwork.

            - Pengawalan kos kualiti – pemantauan

            - Tindakan pencegahan

 

4. Pelaksanaan

            - mencapai matlamat

            - Tiga faktor berperanan

                        - Pengurusan

                        - Semua pekerja ( Total Participation )

                        - Team Work.

 

Soalan Rangsangan: Sebagai Pengurus sekolah bagaimanakah anda melaksanakan TQM di sekolah.

 

Category:  Uncategorized     

NOTA RINGKAS BENCHMARKING – KUALITI

Nota Ringkas Benchmarking   disediakan

oleh:  Hjh Nurliah Ag. Tangah

 

 

Benchmarking ialah:

 

-tool membantu ke arah pembentukan organisasi agar mampu bersaing

 di peringkat global

-satu proses membanding, mengukur sesuatu organisasi dengan

 organisasi terbaik samada dari dalam atau luar industri

-tool penambahbaikan yg semakin popular

-ia melibatkan proses dan praktis yg dilakukan dengan persetujuan 

 kedua organisasi  samada pesaing atau tidak dgn membandingkan

 antara keduanya

-objektifnya –untuk mencari RAHSIA kejayaan organisasi terbaik itu utk

 dikongsi dan diaplikasi   utk tujuan memperbaiki organisasi sendiri

-Kaedahnya- mengenalpasti proses, amalan2 yang perlu untuk  

 penambahbaikan

 BM sesuai untuk semua jenis organisasi

 

Mengapa Benchmarking?

 

-persaingan sengit dalam pasaran peringkat global yg memaksa   

 organisasi utk menarik dan mengekal pelanggan

-caranya-organisasi perlu meningkatkan kualiti

 

Kualiti Dl Pendidikan

 

-TQM-SKPM-PIPP-MERITOKRASI

 

BM menurut Geotsh & Davis 2003

 

-tool penambahbaikan bagi produk & perkhidmatan

-sesuai utk semua jenis organisasi

 

SEBAB

-persaingan dunia sekarang perlu kpd penambahbaikan secara  

 berterusan

-BM boleh menyatakan setakatmana prestasi sesebuah org. Itu

-BM menyedia model berkelas dunia utk diikuti untuk penambahbaikan

-BM membantu proses peningkatan kualiti

-BM penting kerana pelanggan masa kini mementing kualiti  

 produk/perkhidmatan      terbaik pada harga yg rendah

 

Proses BM

 

-mulakan dgan mendptkan komitmen pihak pengurusan

-kenalpasti kekuatan/kelemahan org.dan dokumentasikan

-pilih bhg yg hendak di BM

-bentuk pasukan BM

-kenalpasti org. Terbaik sebagai BM dan buat rundingan dgn org. Itu

-Kumpul data, analisis data dan kenalpasti perbezaannya

- buat tindakan utk memperbaiki org. berdasarkan org.BM

-laksanakan perubahan & pantau

-kemaskini BM & teruskan penambahbaikan

 

Peranan Pihak Pengurusan Dlm BM

 

-memberi komitmen utk perubahan/penambahbaikan org.

-menyedia peruntukan dan personel yg terlibat

-beri pendedahan dan melibatkan diri

 

Keperluan ke arah BM

 

-Ada kemahuan dan komitmen utk berubah

Visi,strategi, obj, hubungan

-Mtlmt utk jadi yg terbaik

-Bersikap terbuka

-memahami keperluan masa kini-produk, servis, kehendk pengguna

-proses pendokumentasian,kemahiran membuat  analisis

-ada kemahiran membuat kajian, komunikasi dan kerja berpasukan

 

Halangan2 kejayaan BM

-Fokus dalaman

-obj BM terlalu luas-sukar dicapai

 Jangkawaktu yg tidak realistik

 Pasukan kerja yg kurang berkesan

-hanya mahukan penambahbaikan yg sedikit (OK saja)

 Penekanan BM yg tidak teratur

 Tidak sensitif kepada rakan BM

-sokongan terhad dari pihakpengurusan

 

Category:  Uncategorized     

Penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran 2

 

Penyeliaan  Pengajaran dan Pembelajaran 2

Nota Ringkas: Prof. Madya Mejar Dr. Haji Hamzah Md. Omar

 

SOALAN-SOALAN BIMBINGAN

 

 

  1. Di manakah kita sekarang dan apakah wawasan kita tentang di mana kita mahu berada berkenaan penyeliaan dan penilaian di sekolah/daerah kita?
  2. Di manakah kita sekarang dan apakah wawasan kita dari segi pemerhatian bilik darjah dan persidangan?
  3. Apakah kuasa-kuasa yang mungkin menghalang kemajuan kita?
  4. Langkah-langkah apakah yang perlu untuk mengatasi rintangan-rintangan ini dan mencapai matlamat kita?
  5. Siapa yang perlu terlibat untuk memastikan kejayaan dalam melengkapkan wawasan kita?
  6. Apakah sumber-sumber yang boleh kita dapatkan?
  7. Bagaimanakah proses S & E kita mempengaruhi pembelajaran pelajar?
  8. Bagaimanakah kita akan tahu bila dan berapa baik kita telah mencapai matlamat kita?  (Adapted from Pajak)

 

Guru-guru – Tugas-tugas (Akta Pendidikan)

 

* Adalah tugas seorang guru di sebuah sekolah awam untuk

 

(a).      menghormati hak-hak pelajar;

(b).      mengajar dengan rajin subjek-subjek dan kursus pengajian yang ditentukan oleh peraturan dan diperuntukkan kepada guru oleh lembaga sekolah;

(c).      melaksanakan strategi mengajar yang menggalakkan persekitaran pembelajaran yang positif bertujuan untuk membantu pelajar mencapai hasil pembelajaran;

(d).      menggalakkan pelajar-pelajar di dalam usaha belajar;

(e).      memantau keberkesanan strategi pengajaran dengan menganalisa hasil yang telah dicapai; mengiktiraf dan, ke tahap yang munasabah, bertolak ansur tentang perbezaan-perbezaan dalam gaya belajar;

(g).      mengambil bahagian dalam perancangan program individu dan melaksanakan pelan program individu, seperti yang dikehendaki, untuk pelajar-pelajar dengan keperluan khas;

(h).      mengkaji semula dengan kerap harapan pembelajaran dan kemajuan pelajar bersama mereka;

(i).        mengendalikan pentaksiran dan penilaian seperlunya untuk mendokumenkan kemajuan pelajar;

(j).        mentadbir instrumen penilaian dan pentaksiran seperti yang dikehendaki oleh lembaga sekolah atau Kementerian;

(k).       mengambil semua langkah yang munasabah untuk mencipta dan mengekalkan suatu persekitaran pembelajaran yang teratur dan selamat;

(l).        mengekalkan ketertiban dan disiplin yang sepatutnya di sekolah atau bilik di bawah kuasa guru dan laporkan kepada pengetua atau orang lain yang bertanggungjawab ke atas sekolah perangai mana-mana pelajar yang berterusan melawan atau tidak patuh;

(m).     mengekalkan suatu sikap mengambil berat tentang maruah dan kebajikan setiap pelajar dan galakkan di dalam diri setiap pelajar suatu sikap mengambil berat tentang maruah dan kebajikan orang lain dan rasa hormat terhadap agama, moral, kebenaran, keadilan, cinta negara, kemanusiaan, persamaan, kerajinan, kesabaran dan kesemua lain-lain kebaikan;

(n).                  memerhatikan kesihatan, keselesaan dan keselamatan pelajar-peajar;

(o).      lapor dengan segera kepada pengetua kewujudan apa-apa penyakit berjangkit atau merbahaya di sekolah atau kewujudan apa-apa keadaan tidak sihat di bangunan sekolah atau persekitaran, dan menjalankan tugas-tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa di bawah Akta Kesihatan;

(p).      ambil semua langkah yang munasabah untuk menjamin kehadiran penuh dan tetap di sekolah bagi pelajar-pelajar di bawah penyeliaan guru;

            menyimpan rekod kehadiran yang tepat dan melaporkan pelajar yang tidak hadir kepada pengetua seperti yang tercatat dalam peraturan;

(r).       kerap berkomunikasi dengan ibubapa berdasarkan polisi yang dibuat oleh lembaga sekolah;

(s).       menyimpan rekod-rekod yang diperlukan oleh lembaga sekolah atau Kementerian dan mengizinkan pemeriksaan rekod-rekod tersebut oleh lembaga, superintenden atau wakilnya, pengetua, penyelia dan Menteri atau wakilnya atau, atas permintaan mereka, memberikan rekod-rekod tersebut kepada mereka;

(t).       membantu dalam pembangunan dan pelaksanaan pelan penambahbaikan sekolah;

(u).                  mengekalkan kecekapan profesional mereka;

(v).                  berkhidmat, ke tahap yang munasabah, kepada jawatankuasa yang ditubuhkan di sekolah untuk meningkatkan pencapaian dan kejayaan sekolah;

(w).     melaksanakan program-program dan kursus-kursus seperti yang disarankan oleh program sekolah awam; dan

(x).       menjalankan lain-lain tugas seperti yang disarankan oleh Akta ini atau peraturan-peraturan.

 

PENYELIAAN KLINIKAL

 

1.   Adalah suatu intervensi yang disengajakan

      ke dalam proses pengajaran.

2.   Adalah berorientasikan matlamat.

3.   Menyambungkan suatu hubungan kerja

      profesional di antara guru dan penyelia.

4.   Memerlukan suatu tahap saling percaya

      yang tinggi, seperti yang tergambar dalam

      pemahaman, sokongan dan komitmen

      kepada pertumbuhan.

5.   Adalah sistematik, walaupun ia

      memerlukan suatu metodologi yang

      fleksibel dan berterusan berubah.

6.   Mengandaikan penyelia tahu tentang

      analisis pengajaran dan pembelajaran dan

      juga tentang interaksi manusia yang

      produktif.

 

ANDAIAN-ANDAIAN DI SEBALIK PROSES

PENYELIAAN KLINIKAL

 

1.   Mengajar adalah suatu set aktiviti komplek

      yang memerlukan analisis yang teliti.

2.   Guru-guru adalah profesional yang

      bertanggungjawab dan cekap yang

      memerlukan pertolongan jika ia ditawarkan

      dalam cara yang mesra.

3.   Tujuan penyeliaan klinikal adalah untuk

      membantu guru-guru mengubahsuai pola

      pengajaran sedia ada.

 

SUATU MODEL PENYELIAAN KLINIKAL

 

1.   Pra-persidangan dengan guru

2.   Pemerhatian bilik darjah

3.   Menganalisa dan mentafsir pemerhatiaN

      dan menentukan pendekatan persidangan

4.   Pasca-persidangan dengan guru.

 

BEBERAPA TEKNIK PEMERHATIAN

 

Pemerhatian Generik

 

          Menggunakan suatu borang penilaian yang piawai, pemerhati membuat nota-nota anekdot dan komen tentang kelas atau pelajaran secara keseluruhan. Seringkali borang-borang ini akan mempunyai unsur-unsur pelan pelajaran lima langkah yang piawai atau kecekapan guru yang boleh disemak atau dikomen seperti yang sepatutnya.

 

Penceritaan Terbuka Berkecuali.

          Pemerhati merekod setiap orang, peristiwa atau benda yang menarik perhatiannya. Melibatkan penulisan ekstensif untuk merekod secra objektif semua peristiwa kelas, pernyataan dan latihan yang signifikan.

 

Kritikan Pendidikan

          Dimodelkan mengikut gaya pengkritik seni, format ini memerlukan pemerhati yang mahir untuk menilai pelajaran sama seperti seorang pengkritik menilai hasil seni, filem atau buku. Bahasa adalah expository dan penulisannya cuba untuk merakam suasana dan keadaan kelas.

 

Pola Soalan-Respon

          Pemerhati menggunakan carta tempat duduk untuk merekod sifat pelajar dan guru merespon kepda soalan-soalan yang dijana guru.

 

Prosedur dalam Penyeliaan

          Sebelum penyeliaan – penyelia dan guru bincangkan rangka kerja dan bersependapat tentang bidang-bidang utama yang akan dinilai

          Semasa pelajaran – perhatikan kekuatan dan kelemahan, dan catatkan cadangan-cadangan

          Selepas pelajaran yang diperhatikan - 

        penyelia membuat temujanji dengan guru untuk perbincangan susulan

        Guru membuat sedikit nota penilaian bebas

        Perbincangan bermula dengan bertukar-tukar nota penilaian.

 

 

Kategori-kategori untuk Pemerhatian Bilik Darjah (Brown, J.D. 1995)

 

          Kadar kecepatan pelajaran

        Semangat, hubungan mata, bahasa tubuh, suara, pergerakan, kelajuan, kawalan proses pembelajaran, teknik-teknik berbeza, dan latihan-latihan yang digunakan

 

          Penyampaian Guru

        Pelajaran sebelumnya, organisasi, objektif, contoh-contoh, aktiviti berpusatkan pelajar, peluang untuk belajar, ringkasan perkara-perkara utama dll

          Pengurusan kelas

        Arahan, selok-belok daftar, gangguan, susunan tempat duduk, suasana selesa, dll

          Bahan bantu mengajar

        Menggunakan pandang-dengar, berguna, sedia, penggunaan berkesan, bahan sebaran jelas, bahan maujud digunakan, ICT, CALL, dll

          Hasilan pelajar

        Termotivasi, terlibat secara aktif dalam pelajaran/bahagian pelajaran berpusatkan pelajar, pembetulan, pentaksiran, dll,

 

Rangka kerja

 

          Matlamat

          Bahan-bahan Mengajar

          Bentuk suatu Unit

  Pembelajaran sebelumnya dan hubungannya

  Penyampaian

  Latihan

  Aplikasi

          Komunikasi antara guru dan pelajar

  Set

  Penutupan

  Demonstrasi/Arahan/Penjelasan

  Penyoalan

  Penyeliaan kerja kelas

          Pengurusan Pengajaran

  Pengurusan bilik darjah

  Penggunaan kadar kecepatan

  Penggunaan bahan bantu mengajar

 

Penyeliaan – Pemerhatian dan Ulasan Data

Pemerhatian:

           Bilik darjah

           Pelajaran (pemerhatian formal dan tidak formal)

           Penggunaan strategi pengajaran

           Penggunaan strategi pentaksiran

           Penjajaran kurikulum

           Penggunaan strategi pengurusan

           Paparan

           Persekitaran

 

          Membuat Pemerhatian Sistematik

 

          Jenis-jenis dan interaksi bilik darjah

        Iklim Pembelajaran :

Berpusatkan guru Berpusatkan pelajar

        Pengurusan Bilik Darjah: 

Teratur _____ Tidak teratur

        Kejelasan Pelajaran:

Jelas      ___ Tidak jelas

        Kepelbagaian Pengajaran:

Berbagai  ___      Statik

        Penyesuaian Tugas Guru:  

Berfokus   ___   Tidak berfokus

        Tarikan Minat Pelajar dalam Kemahiran Belajar:                

Pelajar Terbabit  ___   ___   Pelajar Tidak

Terbabit

        Kejayaan Pelajar dalam Kemahiran Akademik Asas:   

Tinggi    ___  Rendah

        Proses Pemikiran Tinggi dan Hasil Prestasi: 

Banyak    ___      Sedikit

 

Interaksi

           Guru dan pelajar

           Guru dan kakitangan

           Guru dan ibubapa

 

Tindakan dan Aktiviti

           Penyampaian di sesi penerangan ibubapa

           Persidangan / perjumpaan ibubapa – guru

           Perjumpaan perancangan bekerjasama

           Penglibatan dan sumbangan kepada perjumpaan staf

 

Lain-lain

          Amalan-amalan bilik darjah

          Inisiatif

          Tanggungjawab yang disandang

          Sumbangan kepada persekitaran sekolah

          Sumbangan kepada masyarakat

          Sumbangan kepada profesion

          Pembangunan profesional

 

 

Kajian Semula Data

 

          Pelan / buku pelan (jangka panjang, unit, harian; ringkasan kursus)

          Pelan untuk komunikasi pertumbuhan pelajar

          Pelan disiplin bilik darjah

          Rekod pentaksiran (rekod bilik darjah, data laporan kemajuan, dan data pentaksiran formal)

          Laporan kemajuan

          Keputusan ujian piawai

          Bahan disediakan guru

          Kerja pelajar

          Portfolio pelajar

          Risalah

          Bahan sebaran ibubapa, surat-surat

          Komunikasi dengan masyarakat

          Minit mesyuarat bahagian / jabatan

 

GLOSARI ISTILAH

 

          Pemerhatian Tidak Formal boleh berlaku pada bila-bila masa. Maklumbalas selepas pemerhatian sebegini diberi secara lisan. Guru boleh meminta maklumbalas diberi dalam bentuk tulisan.

 

          Pemerhatian Formal berlaku pada waktu yang telah diaturkan sebelumnya dan melibatkan proses tiga langkah, disusuli oleh laporan bertulis. Langkah pertama adalah pra-persidangan, di mana matlamat dan objektif pelajaran atau siri pelajaran dikongsi dan niat diperjelaskan. Ini diikuti oleh pemerhatian dalam kelas dan pengumpulan data. Langkah ketiga, pasca-persidangan, mengikuti pemerhatian suatu pelajaran atau suatu siri pelajaran dalam tempoh masa, sekurang-kurangnya, tiga (3) hari mengajar. Data dan pemerhatian dikongsi dengan guru; pelajarannya adalah debriefed; pujian dibuat dan resolusi untuk tindakan dimulakan. Laporan yang menyenaraikan suatu ringkasan pemerhatian, kesimpulan, dan syor untuk tindakan adalah dibuat.

 

          Laporan Sumatif adalah satu sintesis semua pemerhatian dan syor yang dibuat dalam pemerhatian tidak formal dan formal. Laporan sumatif adalah berdasarkan minimum dua pemerhatian formal.

 

          Persidangan Kajian Semula Berkala adalah suatu perjumpaan yang berlaku dari semasa ke semasa antara pengetua dan guru mengusahakan suatu pelan pertumbuhan berarahkan pentadbir untuk membincangkan maklumbalas berikutan pemerhatian tidak formal atau satu siri pemerhatian tidak formal. Suatu ringkasan maklumbalas tersebut yang bertulis dan perbincangannya akan diberikan kepada guru tersebut.

 

 

Penyeliaan  Pengajaran dan Pembelajaran 3
PEMBANGUNAN STAF

 

          Guru yang baik dan pengajaran yang baik adalah nadi dan tenaga penggerak sebuah sekolah berkesan.

 

Pengajaran Berkualiti Tinggi

 

          Mengiktiraf kecemerlangan dalam pengajaran

          Mempromosikan pertumbuhan profesional berterusan di kalangan guru-guru

          Meneruskan fokus lebar sekolah atau lembaga ke atas pencapaian meningkat pelajar

          Enhance Meningkatkan pengajaran melalui suatu proses yang mempromosikan dialog dan refleksi kendiri berterusan

          Memaklumkan perancangan semasa pembangunan profesional seluas individu, sekolah dan lembaga

          Memaklumkan keputusan pekerjaan.

 

Prestasi Guru

          Perancangan dan persediaan

          Memasukkan semua pelajar dalam pembelajaran

          Mencipta persekitaran pembelajaran berkesan

          Amalan profesional

 

Penyeliaan untuk Pertumbuhan


 


          Suatu proses yang berpusat kepada pembangunan dan pelaksanaan suatu Pelan Pertumbuhan Profesional Tahunan yang mencerminkan keseimbangan antara matlamat profesional guru individu, inisiatif bilik darjah/sekolah/sistem dan Penunjuk Pengajaran Berkualiti Lembaga. Penyeliaan untuk Pertumbuhan adalah suatu proses formatif yang merangkumi:

        peluang untuk refleksi kendiri,

        dialog antara guru dan penilai,

        pemerhatian bilik darjah formal dan tidak formal, dan pembangunan profesional (seluas individu, sekolah dan sistem).

 

Penilaian

          adalah suatu proses yang berlaku dalam lingkungan kitaran penilaian guru berterusan. Tujuan proses ini adalah untuk mengiktiraf kualiti kerja guru dan untuk membuat penghakiman ringkasan tentang prestasi guru pada suatu tempoh masa.

 

Kajian Semula Prestasi

          Suatu Penilaian Sumatif yang dimulakan oleh pengetua sekolah pada bila-bila masa dalam kes-kes di mana hal-hal signifikan telah dikenalpasti berkenaan prestasi guru.

 

PEMBANGUNAN STAF

          1. Menetapkan Matlamat dan Objektif

          2. Pertumbuhan Dalam Perkhidmatan dan Pertumbuhan Profesional

          3. Pemerhatian Bilik Darjah (Penyeliaan Klinikal)

          4. Penilaian Sumatif Tahunan (mengupah/memecat)

 

Performance and/or Professional Growth

 

          Formative and summative judgments about teachers’ performance and/or professional growth will be based on consideration of a variety of information which may include, but is not limited to:

          Teacher maintained portfolios

          Self-evaluation documents

          Evidence of professional development activities

          Samples of short or long-term classroom plans, curriculum, assessments etc.

          Reflective journals

          Participation in school-wide activities (e.g. Planning for Improvement, Home-school

          connections)

          Evidence of activities related to leadership development

          Peer Coaching

          Evidence of activities related to Department of Education and regional initiatives

          Other data as determined by the teacher based on his/her goals for professional growth

          Mentoring Experiences

 

 

Category:  Uncategorized     

Penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran (1)

Penyeliaan Pengajaran Dan Pembelajaran 1

Oleh: Prof. Madya Mejar Dr. Haji Hamzah Md. Omar

 

Definisi

 

Perkembangan penyeliaan, penilaian dan kajian semula adalah suatu proses berterusan yang melibatkan Pengumpulan dan analisis maklumat tentang prestasi pekerjaan individu berdasarkan Kriteria yang kukuh dan difahami. Ia termasuk falsafah yang yang kukuh, polisi dan prosedur yang terdahulu diberikan kepada staf, yang melibatkan interaksi dan dialog.

 

Pendekatan2 terhadap Penyeliaan

 

*Freeman (1982) dan Gebhard (1984)

*Freeman memperkenalkan tiga pendekatan terhadap pemantauan/penyeliaan guru:

1)   pendekatan penyeliaan (dengan penyelia sebagai watak penguasa),

2)   pendekatan alternatif (dengan penyelia sebagai pemberi perspektif alternatif), dan

3)   pendekatan tidak langsung (dengan penyelia sebagai “pemaham”).

 

* Gebhard memperkenalkan lima model:

1)   penyeliaan langsung (dengan seorang penyelia yang mengarah dan menilai pengajaran),

2)   penyeliaan alternatif (dengan seorang penyelia dan yang diselia berkongsi tanggungjawab untuk menjana alternatif),

3)   penyeliaan bekerjasama (dengan seorang penyelia yang bekerja dengan yang diselia tetapi tidak mengarahkan mereka),

4)   penyeliaan tidak langsung (dengan seorang penyelia yang tidak menghakimi tetapi mendengar dan menyatakan semula idea-idea yang diselia), dan

5)   penyeliaan kreatif (dengan seorang penyelia yang menggunakan kombinasi pendekatan-pendekatan).

 

Cabarannya

 

* Bagaimana menukarkan sikap negatif terhadap penyeliaan supaya guru-guru (dan program-program kita) boleh meraih habuan dan faedah – dalam bentuk pembangunan profesional dan pengajaran yang bertambah baik.

 

Falsafah

 

*Mana-mana model perkembangan penyeliaan, penilaian dan kajian semula mestilah berdasarkan konsep bahawa:

→ semua pihak terlibat secara collegially dan bekerjasama

→ semua pihak mempunyai kepercayaan terhadap proses dan antara satu sama lain

→ semua pihak menjalankan tugas dan tanggungjawab menurut Akta Pendidikan, peraturan-peraturannya, dan / atau polisi-polisi sekolah.

 

Kepercayaan

 

1.      Penyeliaan, perkembangan, penilaian dan kajian semula staf tertakluk kepada kepercayaan bahawa belajar untuk mengajar adalah suatu usaha sepanjang hayat.

2.      Ia juga adalah berdasarkan premis bahawa perkembangan profesional guru boleh meningkatkan kualiti pengajaran dan, seterusnya, meningkatkan kualiti sekolah secara umum dan mengukuhkan pembelajaran pelajar. Selaras dengan kepercayaan ini, tujuan polisi penyeliaan adalah suatu undangan bagi setiap individu guru untuk berkembang ke arah pencapaian kecemerlangan. Kami menganggap proses penyeliaan guru sebagai penyumbang besar dalam perkembangan profesional guru-guru. Kesusasteraan kini adalah empatik dalam menunjukkan penyeliaan guru berorientasikan perkembangan sebagai  mempunyai impak positif ke atas prestasi guru.

 

Tujuan

  1. Tujuan proses penyeliaan, perkembangan, penilaian dan kajian semula adalah untuk membantu individu anggota staf dalam meningkatkan dan memperkayakan kualiti pengajaran mereka untuk perkembangan profesional dan untuk faedah pelajar-pelajar kita. Komunikasi berterusan adalah penting sekiranya matlamat pembelajaran sepanjang hayat mahu dicapai.

 

Proses

  1. Suatu promosi komuniti profesional yang belajar, dinamik dan berkembang

2.       Meningkatkan kualiti pengajaran melalui pengiktirafan amalan-amalan mengajar yang berjaya, selain daripada galakan dan bantuan dalam peluang-peluang perkembangan profesional individu untuk menunjukkan perkembangan profesional staf dan sumbangan positif kepada pembangunan pelajar dan sekolah

3.       Suatu dasar yang sah untuk keputusan-keputusan pentadbiran dalam mengesyorkan promosi, perpindahan dan pelantikan semula

4.       Suatu prosedur perkembangan dan penilaian staf yang adil dan saksama

5.       Suatu rekod tentang bagaimana penyataan kepercayaan, matlamat dan objektif sekolah diterapkan oleh individu

6.       Suatu penegasan semula bahawa matlamat pendidikan sedang dicapai dalam suatu cara yang cekap, berkesan dan sistematik

7.       Suatu cara untuk menangani keperluan-keperluan perundangan Akta Pendidikan, peraturan-peraturannya dan polisi-polisi sekolah, dan untuk memastikan proses apabila tiba masanya.

 

 

Landasan Penilaian atau suatu Landasan Perkembangan

 

Dalam landasan penilaian, pentadbir mempunyai tanggungjawab langsung terhadap penilaian guru.

 

Landasan Penilaian terdiri dari dua laluan:

1. Laluan Satu: Penilaian Prestasi

2. Laluan Dua: Dalam Kajian Semula

 

Dalam landasan perkembangan, pentadbir adalah bertanggungjawab untuk memudahkan perkembangan profesional guru-guru. Mereka boleh bertindak sebagai mentor, jurulatih, atau pembekal sumber.

Landasan Perkembangan terdiri dari empat laluan:

1. Laluan Tiga: Pembelajaran Terarah-Kendiri

2. Laluan Empat: Pembelajaran Bekerjasama

3. Laluan Lima: Gambaran Portfolio

4. Laluan Enam: Pementoran

5. Laluan Tujuh: Surat Refleksi

 

Jenis-Jenis Guru

 

A. Guru-guru Permulaan/Baru kepada Sekolah

 

Semua guru baru/baru kepada sekolah bermula pada landasan penilaian, di mana kecekapan mengajar dinilai. Sebaik sahaja kecekapan mengajar telah ditentukan, guru tersebut diletakkan di landasan perkembangan.

 

B. Guru-guru Berpengalaman

 

Guru-guru berpengalaman yang pada masa ini berada di landasan perkembangan boleh meminta suatu penilaian prestasi untuk tujuan mengekalkan penilaian sumatif semasa.

 

C. Guru-guru yang Mengalami Kesukaran

 

Guru-guru yang mengalami kesukaran, yang memerlukan penyeliaan langsung, akan diletakkan di landasan penilaian. Prosesnya melibatkan permulaan suatu pelan tindakan mengarah kepada pentadbir, mendapatkan bantuan, dan penulisan suatu penilaian sumatif.

 

    Tujuan

    Untuk memantapkan kecekapan mengajar

    untuk penilaian

    untuk penyesuaian diri kepada sistem

    untuk membuat syor untuk pekerjaan berterusan.

 

Proses

 

1. pemerhatian tidak formal

A) maklumbalas lisan atau bertulis

B) berjalan-jalan

 

2. pemerhatian formal

    perancangan pra-persidangan

    pemerhatian, pengumpulan data

    pasca-persidangan

    laporan bertulis

 

3. laporan sumatif bertulis

 

    Garis masa

 

    Rekod-rekod

    maklumbalas bertulis dari pemerhatian tidak formal

    buat komen tentang maklumbalas bertulis dari pemerhatian formal

    komen tentang penilaian sumatif

 

    Pelan Perkembangan

    Peluang-peluang akan diadakan kepada guru-guru tahun pertama untuk belajar tentang model penyeliaan. Pelan-pelan tindakan dalam tahun pertama.

 

Guru-Guru Berpengalaman

 

    Tujuan

    untuk memantapkan kecekapan mengajar

    untuk penilaian

    untuk penyesuaian diri kepada sistem

    untuk membuat syor untuk penempatan landasan.

 

Proses

 

1. pemerhatian tidak formal

     maklumbalas lisan atau bertulis

 

2. pemerhatian formal

     perancangan pra-persidangan

     pemerhatian, pengumpulan data

     pasca-persidangan

     laporan bertulis

 

3. laporan sumatif bertulis

 

    Garis masa

    pemerhatian tidak formal permulaan, pemerhatian lanjutan, suatu laporan sumatif.

    Rekod

    maklumbalas bertulis dari pemerhatian tidak formal

    komen tentang maklumbalas bertulis dari pemerhatian formal ke atas penilaian sumatif

    Pelan Perkembangan

    Peluang-peluang untuk belajar tentang model penyeliaan.

 

 

 

Category:  Uncategorized